Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

Carcess's Site

Blog EntryFeb 28, '08 8:37 PM
for everyone

Dipetik drpd seorang sahabat dan utk renungan kpd diri saya dan semua...........

 
    Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

 
    Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

 
    Jika kamu menadah air biarlah berpada, Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.

 
    Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.

 
    Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


    Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu dan mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak kamu akan kehilangannya dan apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga yang akan menyesal.

 

        "apabila dia pergi barulah kita tahu bahawa ia bernilai utk kita"



14 CommentsChronological   Reverse   Threaded
rozarita wrote on Feb 28, '08
apabila dia pergi barulah kita tahu bahawa ia bernilai utk kita"

INI SELALU NYA BETUL SEKALI ..SETUJU SEKALI
carcess wrote on Feb 28, '08

INI SELALU NYA BETUL SEKALI ..SETUJU SEKALI
Yup, tidak syak lagi..hehehe bila roza cakap betul tuh, teringat crita upin dan ipin, kan dia slalu cakap "BETUL, BETUL, BETUL" ..hehehe
rozarita wrote on Feb 28, '08, edited on Feb 28, '08
HEHEHE YA LAH CERITA TU ,,,ALAH ABG CARCESS NI MACAM TAU TAU PLAK.
carcess wrote on Feb 28, '08
Kot yer pun jangan ler letak nama betul saya tu..hehehehe
rozarita wrote on Feb 28, '08
OH HA AH HEHEHEHE I TUKAR HEHE
carcess wrote on Feb 28, '08
TQ,,hehehe by the way, roza pekabo ari nie? and soalan paling special - ari nie masak apa?hehehehe
rozarita wrote on Feb 28, '08
hehe roza sihat alhamdulillah ...u plak?
lagu best mariah carey
hari ni masak kari
carcess wrote on Feb 28, '08
saya pun sihat alhamdulillah..oww berpantun yek..hehe

ikan keli ikan tutu,
sedap tu...

hahaha
rozarita wrote on Feb 28, '08
ikan tenggiri masak kari
semestinya meggi
hehehehee
carcess wrote on Feb 28, '08
Laaaaaa, yer ker..ingatkan masak kari ikan tongkol tadi...hehehe
rozarita wrote on Feb 28, '08
ikan tongkol i tak makan ah hehe macam tak leh gitu
carcess wrote on Feb 28, '08
ish,ish, ish..yer ker, sedap tu..hehehe lebih2 lagi masak kari..pperrrrgggghhhh marvelous...hehehe
rozarita wrote on Feb 28, '08
hehe ni mesti blum makan pagi kan ...i memang tak makan ikan tongkol ni walaupun isi dia similiar dgn tenggiri,,,tapi keras sikt tak sedap hehe
carcess wrote on Feb 28, '08
oh yer ker..hehehe...
Add a Comment